Bitget Membuka Pelaburan Pasif dengan Fungsi Auto-Beli dan Pulangan Sehingga 30% Setahun
VICTORIA, Seychelles, Aug. 04, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia, telah memperkenalkan ciri pembelian berulang baharu yang membolehkan pelan pelaburan sistematik dengan penjadualan pembelian kripto secara automatik dengan menggunakan Visa dan Mastercard. Ciri ini direka untuk membantu pengguna membina portfolio kripto jangka panjang dengan usaha minimum, menggunakan strategi terbukti yang dikenali sebagai Dollar Cost Averaging (DCA) — kaedah yang secara sejarah telah memberikan pulangan sehingga 30% atau lebih dalam kitaran pasaran menaik.
Dengan ciri Recurring Buy, pengguna boleh memilih untuk membeli mata wang kripto seperti Bitcoin atau Ethereum pada selang masa tetap — harian, mingguan atau bulanan — tanpa perlu melaksanakan urus niaga secara manual atau bertindak secara emosional terhadap turun naik pasaran secara emosional. Alat ini membolehkan pengguna mengautomasikan perjalanan pelaburan mereka dan meningkatkan pegangan secara konsisten, menjadikannya sesuai untuk pelabur baharu atau mereka yang sibuk dan ingin mendapatkan pendedahan pasif kepada pasaran kripto.
Ciri baharu Bitget memperkenalkan pengalaman on-ramp yang lancar dengan membolehkan pembelian kripto dibuat terus melalui kad pembayaran. Tidak seperti kaedah pembelian tradisional yang bergantung pada penjadualan manual atau pindahan bank yang tertangguh, Recurring Buy memastikan pelaburan dilaksanakan serta-merta, lebih cekap dan automasi sepenuhnya. Setelah pengguna menetapkan jadual pembelian berulang, sistem akan menguruskan selebihnya — membeli kripto yang dipilih secara automatik tanpa memerlukan sebarang tindakan lanjut.
Logik di sebalik kaedah DCA (Dollar Cost Averaging) adalah mudah tetapi berkesan: dengan menyebarkan pembelian secara berkala, pelabur dapat mengelakkan tekanan untuk menentukan masa pasaran dan mengurangkan kesan turun naik harga dalam jangka pendek. Pendekatan ini telah lama diamalkan oleh pelabur tradisional dan kini semakin mendapat sambutan dalam dunia kripto. Malah, ramai pemegang jangka panjang Bitcoin dan Ethereum yang berjaya bermula dengan pelaburan kecil secara konsisten—dilakukan secara automatik tanpa dagangan aktif—dan akhirnya menyaksikan pertumbuhan ketara dalam portfolio mereka semasa lonjakan besar pasaran.
Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget berkata berkenaan pelancaran itu: “Recurring Buy direka khusus untuk membantu pengguna melabur dengan lebih bijak, bukan lebih rumit. Strategi di sebaliknya telah terbukti berkesan berkali-kali: apabila pengguna komited untuk pengumpulan jangka panjang dan konsisten, mereka lebih bersedia untuk memanfaatkan gelombang pertumbuhan pasaran yang seterusnya. Ciri ini menjadikan strategi itu mudah dan boleh diakses oleh semua orang.”
Recurring Buy oleh Bitget merupakan sebahagian daripada misi yang lebih luas untuk menawarkan pengguna alat yang bijak, selamat dan mudah diakses dalam membina kekayaan digital. Dengan gabungan automasi, ambang kemasukan yang rendah dan antara muka yang mesra pengguna, ciri ini memudahkan bagi sesiapa yang ingin memulakan — atau meneruskan — perjalanan perlaburan kripto mereka dengan disiplin dan keyakinan.
Untuk maklumat lanjut tentang cara untuk menetapkannya, pengguna boleh layari sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang dahulunya ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan berjuta-juta token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, staking, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.
Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/024df241-83cb-4f35-a235-a2b7519acd20

Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
